Author: Afiqah Razak

Sambutan Hari Raya SK Telok Panglima Garang

Pada 29 Jun 2018, Majlis sambutan hari raya aidil fitri untuk anak-anak pra sekolah sk telok panglima garang telah berlansung dengan jayanya. Pelbagai juadah dan kuih muih terhidang memeriahkan lagi suasana hari raya. Krew CTC.FM berpeluang merakam detik gembira anak-anak dan ibu bapa meraikan hari raya pada tahun ini bersama warga pendidik sk telok panglima garang.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Read More

Unit Amal CTC.FM – MITC MELAKA 2018

Alhamdulillah telah berlangsungnya program iftar unit amal trader di mana seramai 24 orang anak yatim dan asnaf dijemput untuk diraikan di satu majlis di MITC Hotel Melaka. Terima kasih buat para trader yang hadir dan turut memberi sumbangan dalam majlis yang penuh keberkatan ini.

Read More

CTC.FM – SGL 2018 (Fireball FC, Soccer Ace FC, Gombak FC, Gombak Jr, T10, SMOT FC)

Bagi meneruskan visi Tuanku Raja Muda Selangor untuk menganjurkan kejohanan bolasepak grassroot secara menyeluruh di peringkat negeri, SGL2018 telah dijalankan dengan meriahnya. Krew CTC.fm berkesempatan untuk membuat liputan mengenai beberapa pasukan yang telah menyertai kejohanan berkenaan di Stadium Mini Shah Alam. Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh setiap pemain memberi harapan kepada masa depan yang cerah bagi sukan bola sepak di negeri Selangor.

Terima Kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pasukan Fireball FC, Soccer Ace FC, Gombak Football Club – Gombak FC, T10 dan SMOT FC.

“Setia anda bersama kami,
Kami teguh di sisi anda”.

#ctc
#tvctc
#SGL2018

Website : www.ctc.fm / www.tvctc.fm
Facebook : https://www.facebook.com/OnlineForexRadio
Youtube : http://www.youtube.com/c/CTCFMRADIO
Instagram : https://www.instagram.com/ctcfmofficial/

Read More